MEMORIZE


ME POST



Skin By APIS . Basecode By WANA
/>
Solat sunat Istikharah :')

Solat sunat Istikharah ialah solat sunat dua rakaat untuk memohon kepada Allah ketentuan pilihan yang lebih baik antara dua perkara atau lebih,yang tiada kepastian baik buruknya.Umpamanya seseorang yang akan mengerjakan sesuatu pekerjaan yang penting,sedangkan dia masih meragui,adakah pekerjaan itu baik untuk dirinya atau tidak baik.Maka dengan timbulnya keraguan ini,dia disunatkan mengerjakan solat sunat dua rakaat dan solat ini dinamakan dengan solat sunat Istikharah.

Disini perlu diambil perhatian bahawa solat Istikharah yang dikerjakan itu bukanlah bermaksud mencari ilham atau mimpi,iaitu setelah selesai mengerjakannya kemudian tidur untuk mendapatkan mimpi yang akan menjejaskan maksud atau hajat yang dikehendaki,tetapi solat Istikharah dilaksanakan untuk mencari kebaikan,maksudnya sekiranya seseorang itu mempunyai hajat,lalu melaksanakan solat sunat Istikharah dan jika maksud hajat itu tercapai akan memperolehi keberkatan dan jika maksud hajat itu tidak tercapai juga akan memperolehi keberkatan.

NIAT:"Sahaja aku menunaikan solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

Semasa berada di dalam sujud yang terakhir hendaklah dibacakan:
"Maha suci engkau ya Allah,sesungguhnya tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang engkau ajarkan (tunjukkan).Sesungguhnya Engkau maha mengetahui lagi maha bijaksana".


Selepas melafazkan salam hendaklah dibacakan surah Al-Fatihah unntuk dihadiahkan kepada Rasulullah,para sahabat Baginda,para wali Allah dan kepada umat Islam seluruhnya.Seseorang yang mengerjakan solat sunat Istikharah dianjurkan agar menyerah kepada Allah dengan penuh keyakinan 

sambil bermohon kepada-NYA agar diberi petunjuk,sama ada secara didatangkan melalui mimpi atau dengan mempermudahkan urusan yang mana baik.Jika petunjuk masih belum diperolehi,maka hendaklah diteruskan solat Istikharah sehinggalah Allah S.A.W memberi petunjuk.


COPY AND PASTE from Someonee :*




Post a Comment

Assalammualaikum !
Sila tinggalkan komen anda di sini yeee !
SATU pon jdy lah yeee !
thankyouu :]]



Older Post | Newer Post


Dashboard | Follow