MEMORIZE


ME POST



Skin By APIS . Basecode By WANA
/>
appreciate x)

Assalammualaikum xoxo so how are you guys? for a long time no see yaaa? actually banyak cerita tapi apakan daya dah tak larat nak type banyak banyak yelahh sedih manjang kang menangis gak dekat blog nie huhu okay lets story.

So guys you know what is 'hati'? hahahaha i think you all mesti tahu. sometimes hati perempuan senang disakiti mahupun terasa. kadang kala orang yang tak kenal pun lebih memahami diri ini walaupun tidak pernah bersua muka. hati ku bagaikan dirobek oleh pisau yang tajam. andai hati ini tiada adakah aku masih bernyawa? diriku sekarang dalam dilema. kawan kawan sahabat handai mereka sentiasa disisiku saat aku rebah menangis kecewa. aku tahu aku seorang perempuan yang teruk dan tak matang tapi itu tak bermakna hatiku tak layak dijaga. apakah perempuan perempuan yang tidak mempunyai kekasih hati itu tak dilayak untuk dijaga? apakah perasaan mereka tatkala hati ini tidak jaga? sakit perit untuk terus bangun dengan kuat ataupun dengan tabah. apakah diri ini tidak layak dihargai? sungguh aku penat aku kecewa. aku tahu aku salah tapi ini tidak bermakna kau boleh hukum aku begitu sahaja. jikalau engkau tidak tahu siapakah aku sebenarnya jangan sesukahati engkau mahupun 'judge' aku. aku lakukan ini semua untuk kebahagiaan aku juga. tidak layakkah untuk aku bahagia? tidak layakkah aku seperti perempuan perempuan yang bertuah untuk bahagia? hahahaha andai dunia ini memahami aku akan terus bahagia tanpa rasa kesakitan dihati ini. bolehkah aku bahagia tanpa orang membenci diriku ini? aku hanya mampu berharap engkau memahami diriku ini tanpa disedari perasaan sayang mula menambat hati. hm :')

Tidak termampu sebenarnya untuk meluahkan lagi isi hati. lebih baik aku pendam kan segalanya. biarlah orang lain nak kata apa pun. aku tidak mahu menyakiti hati mana mana pun manusia. susahkan untuk memaaf diri ini yang terlalu daif? aku terlalu ingin kebahagian sampaikan kesakitan aku harus alaminya seorang diri. aku marah tanda aku sayang pada mereka. tidak tersekelumit hati pun aku ingin membenci mereka semua. kadang aku terfikir adakah mereka benci akan diriku ini? aku tidak faham apakah manusia zaman sekarang tidak mahu mengerti apa itu perasaan? aku tidak mahu jadi manusia yang cakap belakang. berdosakah aku bercakap terus terang? kadang tak terniat pun mahu membuat mereka sakit hati ataupun terasa. aku lemah tanpa sahabat disisi aku. air mata akan mengalir walaupun tanpa sebab. adakah aku ini tidak matang orangnya? teruk sangatkah perangai ku ini? aku tidak termampu untuk berkata lagi. bukan senang nak puaskan hati semuaaaaa orangg. tatkala mereka boleh fikir yang kita ini ingin menunjukkan sahaja bukannya apa pun.

Sudah kering air mata ku ini untuk mengalir. berdustakah aku terhadap hambamu ya Allah :") kenapa aku mesti dihukum sebegini? aku tidak mahu jadi 'syaitan yang bertopengkan manusia' sungguh aku tidak mahu egokan diriku ini , aku tidak mahu jadi seorang yang pemarah. aku memohon maaf terhadap manusia manusia yang telah aku sakiti sebelum aku berlepas untuk menjawab peperiksaan besar iaitu PMR. bukan senang nak hadapinya woi. kadang bila dah pendam semua benda boleh keluar. sungguh aku menyampah jadi manusia sebegini. aku mahu jadi seorang yang disayangi dan difahami oleh masyarakat sekeliling. okay stop bebel. now about what is my life my life. please don't judge me if you really doesn't know me well. hm :")

Tahu tak kenapa aku berperangai gedik mahupun tidak matang? aku buat ini semua kerana aku ingin membahagiakan diriku sendiri. aku mahu cari kebahagiaan untuk gembirakan teman temanku. kenapa manusia juga judge sesuka hati dia? tahu tak terkilan hati ini tatkala tergores oleh dek kata kata mu bagaikan pedang yang diasah tajam. sedih tahu tak? aku mengalirkan air mata kerana engkau disebabkan aku sudah mula sayangkan engaku sebagai kawan walaupun kita baru sahaja berkenalan. aku tidak sanggup untuk berwhatsapp lagi dengan kau kerana kau terlampau ego dan tidak mahu untuk merendahkan ego kau. sungguh aku terkilan dengan perangai kau. kenapa aku yang harus mengalah? hm, aku dah penat dan semuanyaa sia siaa sahaja kerana diri ini langsung tak dihargai. lelaki yang ego tak kemana wehh! aku penat! kenapa kau tidak mahu mengalah? apa lagi yang harus aku lakukan? kau tahu tak aku penat penat weh. banyak lagi benda aku nak fikir memandangkan pmr semakin kemuncak weh. kau tak boleh ke faham aku walaupun sesaat? semninit? kenapa haa? kenapa susah sangat kau nak maafkan aku? kenapa mesti aku juga yang tebal muka untuk memohon maaf? sebelum pergi sekolah sampai sekolah balik sekolah air mata aku tetap mengalir dek kerana kau seorang bro. aku dah fedup, cukuplah. aku dah tak larat. aku dah puas menangis, aku lemah. mungkin kerana aku terlalu banyak berfikir sedangkan aku tak sedar aku telah sakitkan hati seorang manusia mahupun beberapa manusia. cukup. aku dah tak mampu untuk menaip. air mata ingin sahaja mengalir. maaf kawan kawan jikalau anda terasa tiada niat langsung. peace (y)




Post a Comment

Assalammualaikum !
Sila tinggalkan komen anda di sini yeee !
SATU pon jdy lah yeee !
thankyouu :]]



Older Post | Newer Post


Dashboard | Follow